Wednesday, November 18, 2009

Ini Adalah Kisah Benar ...

Petikan ini saya terima dari seorang sahabat yang dikenali di hospital tahun lepas ...
Ibu beliau telah kembali ke rahmatullah pada 23 Ogos 2009 (2 Ramadhan).
Renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.

Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku
membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku
dan berkorban apa saja
demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang
hebat itu telah kami semadikan untuk
selama-lamanya. Dapatkah anda
bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa
serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.

Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS
DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab
aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah
aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering
menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi
aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya
aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika
bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.

Sekarang baru aku terpikir............ pernahkah rakan-rakanku
melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku
sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar
berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap
ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta
banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu
begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.

Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan
bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak
seperti ku. Aku berharap kepada
kamu sha-sha........biarpun kau cuma anak angkat, insaflah dan ambillah iktibar dan manfaat
daripada suratku ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan
penyesalan.

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!..... pernah kita bertindak
sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu????????
andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat...

Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...
mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...

Wassalam

Sabda Rasulullah saw:
Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua
pula"

No comments:

Post a Comment