Wednesday, November 11, 2009

Sumber Keyakinan Diri - Sumber Ketiga

Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara

  1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita.
  2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita.

Penggunaan perkara pertama adalah lebih kurang seperti cara membuat diri kita bersyukur. Apabila kita merungut tentang sekolah kita yang kurang peralatan atau kurang dewan besar, kita bandingkan sekolah kita dengan sekolah yang lebih mundur. Tentu kita akan rasa bersyukur berada di sekolah kita sekarang. Jika kita merungut tentang banyak masalah di tempat kerja kita sekarang, cuba bandingkannya dengan tempat kerja lain yang lebih teruk. Ini akan menimbulkan rasa bersyukur dan kita sepatutnya akan berhenti merungut.

Begitu juga dengan keyakinan diri, jika kita rasa lemah semangat dan hilang keyakinan diri, ingat kembali kelebihan diri kita dan bandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai kelebihan tersebut. Ini akan mengangkat semangat kita kembali. Saya banyak kali bertemu pelajar di sekolah berasrama penuh dan pelajar diperingkat kolej dan universiti yang mengadu lemah semangat dan tidak ada keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai dan tidak kurang potensi untuk berjaya.

Nasihat saya mudah sahaja. Tahukah pelajar ini semua bahawa di luar sana beribu-ribu lagi pelajar yang gagal memasuki asrama penuh, kolej dan universiti? Sedarkah pelajar ini semua bahawa apabila mereka berjaya berada di tempat sekarang, ia bermakna mereka lebih hebat (dalam beberapa perkara terutamanya pencapaian akademik) berbanding dengan pelajar-pelajar lain di luar sana? Tidakkah ini boleh membuat mereka merasa atau melihat kehebatan dan potensi yang sebenarnya terpendam dalam diri mereka selama ini?

Untuk hari ini, apa kata jika anda merasa rendah diri dan tidak berkebolehan, bandingkan diri anda dengan seseorang yang anda tahu anda lebih hebat daripadanya. Jika anda rasa tidak pandai, apa kata bandingkan diri anda dengan seseorang yang mungkin jauh lebih tidak pandai. Aktivti mudah ini sahaja akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Saya faham mungkin ada antara anda yang terfikir bahawa, kalau kita asyik bandingkan diri kita dengan orang kurang berjaya, sampai bila kita akan berubah? Bukankah ia akan menyebabkan kita selesa dan tidak mahu berusaha kerana sangka kita sudah hebat? Bukankah ia akan menimbulkan rasa sombong, bangga diri dan bongkak?

Jika anda terfikit begitu, tahniah.

No comments:

Post a Comment