Wednesday, November 11, 2009

Sumber Keyakinan Diri - Sumber Kedua

Sumber keyakinan diri yang kedua ialah sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. Jika anda sedar, kita selalu terlupa untuk melihat kepada kekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri, tidak yakin dan mula mengutuk diri sendiri. “Kenapa la aku tak pandai macam mereka? Kenapa la aku ni lembab sangat? Kenapa la aku ni tak pandai?”……

Salah satu cara terbaik untuk melihat kekuatan diri kita ialah dengan mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita seperti keluarga atau sahabat karib. Keluarga selalunya adalah orang-orang yang selalu percayakan kebolehan dan kekuatan diri kita. Namun, jika mereka tidak begitu, cari orang lain yang boleh menyokong kita.

Menyokong bukan bermaksud orang tersebut sentiasa mengatakan kita hebat. Ada masanya orang yang menyokong kita ini akan memberi komen terhadap kelemahan diri kita. Namun, kita pastu tahu bahawa komen itu adalah untuk lebih memajukan diri kita lagi. Jadi jangan ambil hati atau bersedih terhadap komen membina daripada orang yang menyokong kita ini.

Hari ini, apa kata anda senaraikan orang-orang yang anda rasa selalu menyokong anda. Senaraikan nama-nama orang yang anda rasa setiap kali anda mahu mencuba sesuatu, anda akan rasa lebih bersemangat apabila telah berbincang dengan orang-orang ini. Selamat menulis.

No comments:

Post a Comment